Post Terbaru

13 Oktober 2012

Sukarelawan dicari!


Assalamualaikum .w.b.t

Terima kasih kerana mengunjungi laman web kami. Kami dengan rendah hati ingin menjemput mahasiswa dan mahasiswi UiTM Shah Alam untuk menjadi Sukarelawan bagi program SEMINAR JUTAWAN PERNIAGAAN yang akan diadakan pada 20 Oktober 2012 pada jam 8.30 Pagi sehingga 1.00 Petang. Jemputan pada program ini adalah Artis terkenal, Rosyam Nor dan Puan Mahasuria Idris, Usahawan korporat. Justeru itu, kami amat memerlukan sukarelawan seramai 60 orang bagi membantu melancarkan program pada hari tersebut. Sijil penyertaan, kupon, vaucer makanan dan sijil penghargaan akan diberikan kepada sukarelawan terlibat. Ingin mnejadi sukarelawan? blehlah mengisi borang maklumat dibawah:-
Sebarang komen dan pertanyaan bolehlah dinyatakan dibawah. Terima Kasih

Penyertaan Sebagai Sukarelawan sudah ditutup. Terima kasih kerana bekerjasama dalam menjayakan program ini. Terima kasih
Read more

Program Fit & Fun Beliawanis UiTM Shah Alam


Teman yang soleh adalah teman yang akan menguatkan mu di jalan Allah. Bertitik tolak dari sini lah kami beliawanis mengadakan program santai yang dinamakan ‘Fit and Fun’. Ia berlangsung pada 30 September 2012 bertempat di kolej Melati dan disertai oleh 22 orang baru beserta 13 ahli lama. Terdapat beberapa permainan yang diadakan dan diselitkan dengan peringatan ringkas dari ketua beliawanis Shah Alam. Ukhuwah Islamiah antara aspek terpenting dalam menjadikan dakwah bergerak dan berlangsung dengan jaya.

Sesi Perbincangan

Sesi melontarkan pengajaran oleh para peserta daripada games yang dijalankan

Hasil temuramah dari peserta yang hadir antara respon yang diberi, “ saya tidak menyangka akan seramai ini peserta yang hadir kerana biasanya program sebegini ramai pelajar yang tidak minat. Tapi bila saya hadir ke program ini banyak yang saya dapat contohnya ramai kenalan yang baik-baik, dapat manfaatkan masa dengan aktiviti yang bermanfaat. Terima kasih dan jika ada lagi program sebegini saya hendak sertai”. Dari program ini juga Alhamdulillah PEMBINA dapat meraih ramai ahli baru. Kami dengan berbesar harapan agar program pemantapan ukhuwah seperti ini akan dapat diteruskan dari masa ke semasa. Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang lemah itu dari diri yang serba kekurangan ini. Wassalam.

Skuad beliawanis PEMBINA UiTM Shah Alam


Sekian,
Fatimah Mardhiah Binti Mohd Ayub
Exco Media UiTM Shah Alam.


Read more

Program Sambutan Pelajar Baru



Alhamdulilah, bersyukur kepada Allah kerana dengan izin-NYA PEMBINA UiTM dapat ditubuhkan dengan lancar .Pada tarikh 5 Oktober 2012 secara rasminya PEMBINA UiTM diperkenalkan dan disusuli pula dengan program ‘Sambutan Pelajar Baru’. Program ini berlangsung pada 7 Oktober 2012 dimana objektif program ini adalah untuk mengeratkan silaturrahim antara ahli baru serta pelajar baru. Selain itu program ini juga bertujuan memperkenalkan PEMBINA dengan lebih dekat. Secara tidak langsung membawa message bahawa PEMBINA mempunyai agenda yang perlu dilaksanakan dan mereka lah peneraju serta pemacu agenda tersebut.


Seramai 22 peserta perempuan dan 18 peserta lelaki yang menghadirkan diri dalam program ini. Games diasingkan lelaki dan perempuan, peserta perempuan bertempat di bulatan krisma dan peserta lelaki ditempatkan dipadang bola. Program ini bermula seawal jam 8 pagi bagi sesi pendaftaran. Kemudian disusuli pula dengan senaman pagi beserta beberapa games yang bertemakan ukhuwah. Sebelum berangkat ke Masjid An-Nur kami disajikan dengan sepatah dua kata dari beliawanis PEMBINA Shah Alam ukhti Khairunnisa’, dimana kami ditekankan mengenai 10 muasafat tarbiyah beserta peri pentingnya berada dalam kalangan sahabat-sahabat yang akan membimbing kita kearah kebaikan.

Beliawanis 

Brain wash ancaman-ancaman yang melanda mahasiswa zaman kini

Seusai tazkirah ringkas dari beliawanis PEMBINA kami terus bergerak ke masjid An-Nur dan disana kami di ‘brain wash’ pula oleh akhi Aizad tentang peranan dan ancaman yang melanda mahasiswa kini. Antara wasiat yang dirakamkan oleh akhi Aizat adalah “Kita sebagai mahasiswa seharusnya mengambil tahu masalah sekeliling dan kita merupakan penyelesai masalah tersebut”. Kami juga diingatkan berkenaan bahayanya gerakan liberalisme yang bergerak pantas tanpa kita sedar. Akhir kata dari akhi Aizad ialah “Mahasiswa lah yang akan mencorakan dunia, jika baik para pemuda maka sejahteralah dunia”.

Sebelum bersurai dan menjamu selera para peserta ditawarkan kan untuk menyertai atau menjadi ahli PEMBINA. Alhamdulillah penyertaan amat menggalakan. Feedback dari peserta juga amat menggalakan dan mereka berharap agar PEMBINA UiTM terus maju dan dapat menjadi pengelola kepada mahasiswa.

War game yang dimaikan oleh para belia

Sorakan semangat daripada team Palestin sebelum war game



Sekian,
Fatimah Mardhiah Bt Mohd Ayub,
Exco Media PEMBINA UiTM Shah Alam.
Read more