Program Fit & Fun Beliawanis UiTM Shah Alam
10/13/2012 06:34:00 PTG
By
Admin PEMBINA UiTM Shah Alam
0
Komen
Teman
yang soleh adalah teman yang akan menguatkan mu di jalan Allah. Bertitik tolak
dari sini lah kami beliawanis mengadakan program santai yang dinamakan ‘Fit and
Fun’. Ia berlangsung pada 30 September 2012 bertempat di kolej Melati dan
disertai oleh 22 orang baru beserta 13 ahli lama. Terdapat beberapa permainan
yang diadakan dan diselitkan dengan peringatan ringkas dari ketua beliawanis
Shah Alam. Ukhuwah Islamiah antara aspek terpenting dalam menjadikan dakwah
bergerak dan berlangsung dengan jaya.
Sesi Perbincangan |
Sesi melontarkan pengajaran oleh para peserta daripada games yang dijalankan |
Hasil
temuramah dari peserta yang hadir antara respon yang diberi, “ saya tidak
menyangka akan seramai ini peserta yang hadir kerana biasanya program sebegini
ramai pelajar yang tidak minat. Tapi bila saya hadir ke program ini banyak yang
saya dapat contohnya ramai kenalan yang baik-baik, dapat manfaatkan masa dengan
aktiviti yang bermanfaat. Terima kasih dan jika ada lagi program sebegini saya
hendak sertai”. Dari program ini juga Alhamdulillah PEMBINA dapat meraih ramai ahli
baru. Kami dengan berbesar harapan agar program pemantapan ukhuwah seperti ini
akan dapat diteruskan dari masa ke semasa. Yang baik itu datangnya dari Allah
dan yang lemah itu dari diri yang serba kekurangan ini. Wassalam.
Skuad beliawanis PEMBINA UiTM Shah Alam |
Sekian,
Fatimah Mardhiah Binti Mohd Ayub
Exco Media UiTM Shah Alam.
0 Komen: